HINA AGONG: PEMANDU EHAILING DIDENDA SEKALI LAGI

source: www.msn.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-hailing yang sebelum ini didenda RM16,000, sekali lagi didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana membuat komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Sufazrin Amin Ismail, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

OKS kemudian membayar denda itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sufazrin didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakiti orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil `Fazr Ismail'.

Ori link: Tak mengaku salah hina Agong [METROTV] (hmetro.com.my)

WHY YOU STILL DRIVING GRAB IF YOU KNOW IT'S BULLYING YOU

  Saturday, 5/5/2024. At midnight about 12.30am, I booked a Grabcar from Amansari Residence Resort. From the resort to my house is about rm9...